Sunday, January 31, 2016

Wanita-Wanita Syurga + Doa-Doa Mustajab untuk Wanita

Mengenai Buku Ini

 

Nafisah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,
"Perkara apakah yang menghalang kamu berumahtangga?"

 

Nabi Muhammad s.a.w. menjawab,
"Kerana aku tidak mempunyai apa-apa pun."

 

Nafisah bertanya lagi,
"Apa pendapat kamu, sekiranya kamu dicukupkan dengan seorang wanita yang cantik, kaya, dan serasi?"

 

"Siapa?" soal Nabi Muhammad s.a.w.

 

"Khajidah," jawab Nafisah.

 

Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidatina Khadijah r.a. dinaungi kebahagiaan yang berpanjangan. Jasa Saidatina Khadijah begitu besar bukan sahaja dalam kehidupan peribadi Rasulullah,

malah kepada perkembangan Islam seluruhnya. Cinta hati Rasulullah itu banyak berkorban harta dan air mata, menjadi sayap kiri perjuangan Baginda, dan pendamping setia ketika gembira mahupun derita.

 

Imam Al-Bukhari merekodkan daripada Abu Hurairah. Beliau menceritakan Malaikat Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, "Wahai Muhammad, Khadijah sedang menuju ke arahmu dengan membawa seberkas makanan.

Apabila beliau sampai, sila sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan aku. Khabarkan berita gembira kepada beliau tentang sebuah mahligai pertama untuknya di syurga. Di sana tidak ada lagi kesengsaraan dan kesakitan."

 

Kisah-Kisah Srikandi Agung yang terdapat dalam buku ini:

Khadijah Binti Khuwailid, Cinta Hati Rasulullah s.a.w.Fatimah Binti Muhammad, Puteri Kesayangan Rasulullah s.a.w.Asma Binti Abu Bakar, Pemilik Dua Tali PinggangRumaisa' Binti Salman, Pemilik Mahar TermahalNusaibah Bintiu Kaab, Perisai Rasulullah s.a.w.

 

 

ISI KANDUNGAN

 

Kalam Penterjemah

Pendahuluan

 

Bab 1: Khadijah Binti Khuwailid, Cinta Hati Rasulullah s.a.w.

Khadijah Ketika Zaman Jahiliyah

Khadijah Seorang Usahawan

Rakan Niaga Menjadi Teman Hidup

Perkahwinan Mithali

Khadijah Wanita yang Beriman

Pemergian dan Kesetiaan

Bab 2: Fatimah Az-Zahra, Puteri Kesayangan Rasulullah s.a.w.

Ya Allah, Mereka Adalah Ahli Keluargaku

Warisan dan Didikan

Ali Merisik Fatimah

Majlis Perkahwinan Terbaik

Kerjasama dalam Menanggung Beban Hidup

Keistimewaan Fatimah di Sisi Rasulullah

Keluhan Sang Puteri

Bab 3: Asma Binti Abu Bakar, Pemilik Dua Tali Pinggang

Keturunan dan Agamanya

Asma Sebagai Seorang Isteri

Asma Sebagai Seorang Ibu

Konflik Antara Asma dan Hajjaj

Bab 4: Rumaiso’Binti Salman, Pemilik Mahar Termahal

Rumahtangga dan Keturunannya

Dia Isteri

Seorang Ibu

Wanita yang Beriman

Bab 5: Nusaibah Binti Kaab, Perisai Rasulullah s.a.w.

Keluarga Nusaibah

Menganut Islam

Berpencak di Medan Jihad

Bertarung di Yamamah

 

Epilog

Biodata Penulis

Biodata Penterjemah

Berminat? Dapatkan di Planet Buku
Online price : RM17.00
Planet Buku price: RM15.00
You saved : RM 2.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751

No comments:

Post a Comment