Showing posts with label NOVEL. Show all posts
Showing posts with label NOVEL. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

Mak Kau Hijau! Realiti Budak Melayu


“Korang rasa susah nak ajar budak? Korang rasa budak-budak sekarang ni kurang ajar, tak reti hormat? Memang, tak senang beb nak jadi cikgu, semua pengalaman aku berdepan dan uruskan budak-budak kategori ‘nakal’ ni aku sumbat dalam buku ‘Mak Kau Hijau!’ ni. Sebab tu, buku ni korang WAJIB baca! Bukan setakat cikgu-cikgi, bahkan mak abah, abang kakak, jiran tetangga, atuk nenek pun boleh baca! Aku bukan cikgu yang perfect tapi itu tak bermakna aku tak boleh buat apa-apa untuk ubah anak-anak murid aku.Kalau korang tak boleh buat semua, korang jangan tinggalkan semua. Kalau korang faham basic ni, mengajar dan mendidik akan menjadi benda yang korang paling suka, sebab ni lah saham akhirat korang. “

Berminat? Dapatkan di Planet Buku
Online price : RM20.00
Planet Buku price: RM18.00
You saved : RM 2.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751

Monday, February 8, 2016

JEBE Rimau Malaya

Jebe Rimau Malaya menceritakan kisah benar kehidupan di zaman kanak-kanak Azizi Ali di sebuah kampung kecil. Ia menceritakan kisah seorang budak yang terperangkap di antara dua dunia dan bagaimana dia menggunakan imaginasinya sebagai jalan keluar. Ia juga menceritakan kisah kehidupan sekitar tahun 1960-an dan 1970-an di mana cabutan bertuah Sports Toto ditayangkan secara langsung di kaca televisyen, Bruce Lee menjadi terkenal selepas kematiannya, Bobby ditayangkan di panggung wayang selama berbulan-bulan, Sudirman memenangi hati semua rakyat di negara ini, Muhamad Ali bertinju di Malaysia, seluar bell-bottom amat popular dan disko mulai meletop. Ini adalah kisah kehidupan 1Malaysia yang original.

> Penjahat-penjahat ini mungkin berfikir ini kerja mudah: muncul di sebuah kampung kecil, merampas permata daripada seorang budak berusia lapan tahun, pulang ke tempat mereka dan menjalani kehidupan yang aman dan bahagia hingga ke akhirnya. Mereka telah membuat kesilapan yang besar. Saya melenyapkan riwayat tiga orang penjahat sebaik sahaja mereka muncul di hadapan rumah nenek.

> Sharifah Aini mula mendapat perhatian pada tahun 1969 setelah meraih tempat ketiga di dalam pertandingan nyanyian di Singapura. Secara kebetulan, hadiah kemenangannya bernilai $500!

> Ditanya tentang langkah-langkah terkini UMNO untuk menentangnya, Encik Lee (Kuan Yew) berkata yang dia belum menerima apa-apa berita dari Singapura dan beranggapan perkara ini tidak serius.

> Sebaik sahaja kami mendarat di pulau berkenaan, kami melakukan apa yang dilakukan oleh setiap orang di Langkawi – kami berbasikal ke mana saja. Dan nasib kami bertambah baik kerana kami bertembung dengan sekumpulan gadis dari Sweden! Mereka berambut perang, cantik, mempunyai gigi yang sempurna dan semuanya kelihatan seperti Bo Derek. Yang hebatnya, semua mereka menyukai kami sehinggakan mereka ikut bersama-sama kami di sepanjang perjalanan!

Berminat? Dapatkan di Planet Buku
Online price : RM29.00
Planet Buku price: RM25.00
You saved : RM 4.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751

Sunday, January 31, 2016

Cinta Rimau


Hasya Lourdes, Wanita lulusan Sarjana Muda Undang-undang memilih kerjaya penyiasat persendirian berbanding peguam. Bertitik tolak dari takdir ibunya, Hasnah yang dipenjara seumur hayat atas kesalahan membunuh suami, status Hasya sebagai anak tidak sah taraf yang tidak dituntut oleh mana-mana ahli keluarganya memaksanya membesar dikalangan masyarakat Kristian apabila Sebastian Jones, peguambela ibunya yang berbangsa India, mengambilnya sebagai anak angkat. Kehadiran Keris, harimau Bengal dari Afrika Selatan menjadi penawar sekaligus pemangkin kekuatannya untuk mengemudi bahtera kehidupan. Indahnya dunia apabila Hasya dilamun cinta dengan lelaki penuh karismatik, Bahrain Nasution. Kisah cinta ‘ Antara dua dunia berbeza’ bertukar menjadi ‘ cinta penjuru tiga’ apabila Hasya turut dicintai Rafael, anak tunggal Bahrain. Konflik semakin bercelaru dek etika profesionalisme yang dilanggarnya sendiri di mana Bahrain sebenarnya merupakan suami Regina Ong, klien yang mengupahnya untuk mengintip sang suami. Inikah namanya ‘harapkan pagar, pagar makan padi’?

Berminat? Dapatkan di Planet Buku
Online price : RM22.90 
Planet Buku price: RM20.90
You saved : RM 2.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751

AKU. DIA. DUNIA.


Andai satu hari nanti,

Ilmu itu jadi transaksi,

Pasti mereka berpusu-pusu,

Berlari telanjang ke sekolah,

Merangkak rangkak ke universiti,

Hanya untuk garap sedikit kata tahu,

Agar dapat mereka jadikan belanja harian,

Ini hanyalah andaian,

Jangan gusar,

Duit masih lagi ruji dunia kita.

Berminat? Dapatkan di Planet Buku
Online price : RM20.00 
Planet Buku price: RM18.00
You saved : RM 2.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751

Lelaki Berkasut Merah


Jamal bin Lomo lelaki yang punyai masa silam yang gelap, memiliki sebuah kotak hitam yang rahsia dan dia mencari kerana di sini hanya ada kisah manusia-manusia yang biasa. Lelaki berkasut merah yang penuh rahsia, anak muda yang berwajah dingin, perempuan serba hitam yang tidak pernah gusar, perempuan berseragam hijau yang penuh prihatin, dan watak-watak lainnya yang berwarna seperti pelangi.

Kita akan menemukan lelaki berkasut merah yang punyai masa silam yang penuh rahsia. Tidak ada siapa tahu berkenaan rahsianya selain seorang tok imam tua.

Sebelum itu, kita juga akan menemukan seorang anak muda yang berwajah dingin, yang gemar merenung tajam, dan tidak mungkin dibantah katanya.

Kedua-dua mereka punyai misi yang sama atas sebab yang berbeza. Mereka berdua mencari manusia-manusia yang . Pada waktu yang sama, mereka juga dicari oleha manusia-manusia yang punya agenda rahsia.

Berminat? Dapatkan di Planet Buku
Online price : RM20.00 
Planet Buku price: RM15.00
You saved : RM 5.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751

Saturday, January 30, 2016

Adolf Hitler


Ketika ini Hitler sudah memegang jawatang tertinggi dalam Parti Nazi. Dia juga akhirnya berada pada puncak kekuasaan di Jerman.

Pembangunan negara mula rancak. Kemiskinan mula dibenteras. Kemajuan Jerman mula diperkatakan dunia.

Namun tetap luka semalam, semasa Perang Dunia Pertama masih Hitler rasakan. Beliau mula merancang strategi bagi mendapatkan semula wilayah yang jatuh ke tangan musuh, mula memasang impian bagi mengharumkan kembali maruah bangsa Jerman ke seluruh dunia
Berminat? Dapatkan di Planet Buku
Online price : RM24.00 
Planet Buku price: RM20.00
You saved : RM 4.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751

Hitler


Kisah Hitler sejak dia lahir sehinggalah dia menubuhkan Nazi. Hitler yang lahir daripada rahim seorang ibu yang muda, tetapi ayahnya pula sudah hampir pencen. Ibunya adalah isteri ketiga, dan dia mempunyai adik-beradik berlainan ibu. Namun, tetap zaman kanak-kanak adalah zaman yang membahagiakan Hitler.

Semuanya berubah apabila ayahnya sudah pencen, dan dia dimasukkan ke sekolah teknikal, sedangkan dia seorang yang meminati seni. Dia menjadi pelajar yang memberontak. Apabila ayah dan ibunya sudah meninggal, dia pergi ke Vienna untuk mengejar impiannya menjadi pelukis terkenal. Selepas dua kali gagal memasuki akademi seni terkemuka Vienna, Hitler menjadi gelandangan. Daripada gelandangan itulah dia perlahan-lahan membentuk fahaman politiknya yang tersendiri.

Itu hanya mula, pada Perang Dunia Pertama, matlamat Hitler semakin jelas.

Berminat? Dapatkan di Planet Buku
Online price : RM24.00 
Planet Buku price: RM20.00
You saved : RM 4.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (HAMKA)


Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar. Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang. Di sana, dia dianggap pula sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima. Itu membuat dia dipencillkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati.

Gadis yang digelar bunga Batipuh. Cantiknya tiada banding, dan Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta.

Cinta itu yang baru pucuk, rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati. 

Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. 

==========
NOTA PENERBIT
==========

PTS MEDIA GROUP adalah satu-satunya penerbit Malaysia yang diberikan hak bagi menerbitkan kembali karya-karya HAMKA di Malaysia.

Pihak penerbit tidak mengubah bahasa dan ejaan yang digunakan oleh HAMKA bagi mengekalkan keaslian karya dan sebagai rujukan pada masa akan datang.

Pihak penerbit juga memberikan glosari di bahagian belakang buku pada perkataan-perkataan yang mungkin tidak difahami oleh pembaca di Malaysia.

Berminat? Dapatkan di Planet Buku

Online price : RM20.00 

Planet Buku price: RM18.00 

You saved : RM 2.00

Tidak termasuk harga pos

Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751


Lesong


 

“ Ini naskah himpunan catatan peristiwa , pandangan dan harapan yang digarap dalam

Bentuk mudah berpengaruh . Mengetengahkan nilai manusiawi dan idea kebebasan , Lesong

Menyajikan perbezaan dengan saduran rencah politik , cinta , hak asasi dan pergelutan hidup

Dalam sebuah citra yang sinikal dan romantis .” 

Berminat? Dapatkan di Planet Buku
Online price : RM20.00 
Planet Buku price: RM18.00
You saved : RM 2.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751