Dalam buku ini terdapat lapan bahagian perbincangan yang berkaitan dengan perasaan bimbang yang dialami oleh manusia, iaitu:
. Fakta Asas yang Perlu Kita Tahu tentang Ketakutan
. Teknik-Teknik Asas Menganalisa Kebimbangan
. Cara Menghentikan Rasa Bimbang Sebelum Ia Membinasakan Kita
. Tujuh Cara Memupuk Minda Kita supaya Berasa Tenang dan Bahagia
. Cara Terbaik Mengatasi Kebimbangan
. Cara Mengelakkan Rasa Bimbang Apabila Dikritik
. Enam Cara Mengelakkan Keletihan dan Kebimbangan
. Kisah Benar: Cara Mengatasi Kebimbangan
ISI KANDUNGAN
Bahagian 1 : Fakta Asas Kebimbangan
Bahagian 2 : Teknik Asas Menganalisis Kebimbangan
Bahagian 3 : Cara Hilangkan Kebimbangan Sebelum Ia Membinasakan Kita
Bahagian 4 : Tujuh Cara Memupuk Minda Supaya Tenang dan Bahagia
Bahagian 5 : Cara Terbaik Mengatasi Kebimbangan
Bahagian 6 : Cara Mengelakkan Kebimbangan Apabila Dikritik
Bahagian 7 : Enam Cara Elak Letih dan Bimbang, Serta Kekalkan Tenaga dan Semangat yang Tinggi
Bahagian 8 : 31 Kisah Benar Bagaimana Mengatasi Kebimbangan
*************************************************************************
Hanya
ada satu makmal ketakutan di dunia ini. Makmal ini dicipta untuk
melakukan uji kaji teknik yang terbaik untuk menghapuskan ketakutan,
kebimbangan, dan kerisauan. Teknik ini dipraktikkan secara nyata pada
manusia yang sebenar, bukannya diuji pada tikus makmal. Pelbagai teknik
menghapuskan ketakutan yang terbukti berkesan dihimpunkan oleh
pengasasnya, Dale Carnegie dalam buku yang bertajuk “How To Stop Worrying And Start Living”.
Dale
Carnegie adalah pakar seni perhubungan dan kepimpinan yang terkemuka di
dunia. Beliau adalah penulis buku perhubungan bestseller sepanjang
zaman, iaitu “How to Win Friends and Influence People”
yang sudah terjualan puluhan juta naskhah di seluruh dunia. Buku-buku
tulisan beliau adalah bacaan wajib pakar-pakar motivasi dalam dan luar
negara.
Buku “How To Stop Worrying And Start Living”
ini pula sudah terjual lebih 15 juta naskhah dalam pelbagai edisi dan
bahasa di seluruh dunia. Buku ini menghimpunkan teknik yang berkesan
untuk menghilangkan kebimbangan, mencari ketenangan, dan mendapatkan
kebahagiaan hidup. Sudah jutaan manusia yang mendapat manfaat daripada
buku ini. Adakah kita juga mahu membebaskan diri daripada belenggu
ketakutan dan kebimbangan?
Sesiapa
yang tidak tahu menghapuskan ketakutan akan mati pada usia muda.
Sekiranya mereka masih hidup pada usia tua, mereka tetap merana sehingga
ke akhir hayat mereka. Dapatkan buku ini dengan segera untuk meraih
ketenangan dalam hidup. Buku ini akan memberi pencerahan tentang hakikat
perasaan bimbang yang kita tidak sedar selama ini. Terlalu banyak
perkara yang kita bimbang, tetapi terlalu sedikit perkara yang kita
bimbangkan itu berlaku. Jadi, kenapa perlu membuang masa dan menyeksa
diri memikirkan kebimbangan yang tidak pernah akan berlaku?
Buku
ini mengambil masa selama tujuh tahun untuk diterbitkan. Sepanjang
tempoh ini, Dale Carnegie membaca pelbagai karya tokoh-tokoh falsafah
terkemuka untuk memahami tafsiran mereka tentang ketakutan.
Beratus-ratus biografi tokoh dunia juga diteliti dan temu bual dengan
mereka dilakukan untuk menghimpunkan teknik mereka menghapuskan
ketakutan. Teknik dalam buku ini bukan rekaan, tetapi perkara yang nyata
berkesan untuk dipraktikkan dalam kehidupan kita.
Berminat? Dapatkan di Planet Buku
Online price : RM30.00
Planet Buku price: RM25.00
You saved : RM 5.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751
Online price : RM30.00
Planet Buku price: RM25.00
You saved : RM 5.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751
No comments:
Post a Comment