Iblis dan syaitan adalah makhluk ghaib yang sudah diwartakan sebagai musuh manusia yang nyata sebagaimana kata-kata Allah: “Syaitan
adalah musuh bagi kamu, jadikan dia musuh (yang mesti dijauhi tipu
dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi
penduduk neraka.” (Surah Fatir, ayat 6)
Peperangan
melawan iblis dan syaitan adalah peperangan yang berat sebelah seperti
peperangan gerila kerana manusia tidak mampu melihat mereka. Mereka juga
boleh menyerang secara mendadak sebagaimana kata-kata Allah: “Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah al-A’raf, ayat 27)
Oleh
itu, umat Islam perlu mengenali musuh mereka ini dengan mendalam bagi
menyelamatkan mereka daripada terjerumus ke dalam perangkap syaitan yang
sudah banyak memakan mangsa manusia sebagaimana pesan Allah: “Syaitan
itu menyesatkan golongan yang ramai antara kamu; (setelah kamu
mengetahui akibat mereka) tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?”
(Surah Yasin, ayat 62)
Buku
ini cuba membongkar serangan syaitan ke atas manusia dan cara
menghadapinya berpandukan al-Quran dan sunah. Antara isu yang perlu
diberi perhatian dalam buku ini adalah “adakah jin dan syaitan mampu
ditangkap, tipuan syaitan dalam isu menutup aurat, tipuan syaitan dalam
lambakan cerita hantu, benarkah sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia,
dakwaan nama para sahabat nabi daripada kalangan jin, dakwaan nama
anak-anak iblis bersama portfolio yang mereka pegang, dan dakwaan
wujudnya nama syaitan dalam surah al-Fatihah.”
Bicara Pembuka
Pendahuluan
Bab 1
Sejarah di Langit dan Permusuhan Awal
Kesimpulan
Bab 2
Jin, Iblis, dan Syaitan
Maksud Jin, Iblis, dan Syaitan
Adakah Iblis Jin yang Pertama
Perbezaan antara Iblis, Jin, dan Malaikat
Tiga Golongan Jin
Persamaan antara Jin dan Manusia
Perkahwinan antara Manusia dan Jin
Jin dan UFO
Kesimpulan
Bab 3
Kelebihan dan Kelemahan Jin dan Syaitan
Kelebihan Jin dan Syaitan
Kelemahan dan Batasan Kemampuan Jin
Kesimpulan
Bab 4
Rasul dan Sahabat Nabi daripada Kalangan Jin
Maksud Rasul dan Sahabat Nabi
Kekeliruan Berkenaan Kewujudan Rasul daripada Kalangan Jin
Kesimpulan
Bab 5
Adakah Jin Boleh Ditangkap?
Kesimpulan
Bab 6
Sifat-Sifat Syaitan
Rupa Paras Syaitan dan Malaikat
Tabiat Syaitan
Kesimpulan
Bab 7
Perang Gerila dengan Syaitan
Pusat Pemerintahan Iblis
Cara Serangan Iblis dan Syaitan
Kesimpulan
Bab 8
Senjata bagi Menghadapi Serangan Syaitan
Kesimpulan
Bab 9
Benarkah Sebaik-Baik Jin, Sejahat-Jahat Manusia?
Kesimpulan
Bab 10
Nama Syaitan dan Jin dalam Al-Quran dan Sunah
Kesimpulan
Bab 11
Komentar Berkenaan Nama-nama Syaitan
Kepercayaan berkenaan Jin dan Syaitan dalam Budaya Arab Jahiliah
Kepercayaan berkenaan Jin, Hantu, dan Syaitan
dalam Budaya Melayu
Panduan Berinteraksi dengan Kitab Turath atau Klasik
Israiliyyat dalam Kitab Tafsir Al-Quran dan Hadis
Kesimpulan
Bab 12
Peta Minda
Sejarah Awal Jin dan Manusia
Jin, Iblis, Syaitan, Malaikat, dan Manusia
Persamaan Antara Jin dan Manusia
Kelebihan Jin Berbanding Manusia
Batasan Kemampuan Jin
Rasul dan Sahabat Kalangan Manusia dan Jin
Adakah Jin Boleh ditangkap Oleh Manusia?
Tabiat Syaitan
Perang yang Berat Sebelah & Serangan dari Segenap Penjuru
Senjata Bagi Menghadapi Serangan Syaitan
Benarkah Sebaik-Baik Jin Sejahat-Jahat Manusia?
Nama Jin dan Syaitan Menurut al-Quran dan Sunah
Dakwaan Berkenaan Nama Lain Untuk Jin dan Syaitan
Motto Manusia dengan Syaitan
Rujukan
Biodata Penulis
Berminat? Dapatkan di Planet Buku
Online price : RM17.00
Planet Buku price: RM15.00
You saved : RM 2.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751
Online price : RM17.00
Planet Buku price: RM15.00
You saved : RM 2.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751
No comments:
Post a Comment