Berhibur
dan berekreasi adalah fitrah semulajadi manusia. Hiburan dan rekreasi
ini diperlukan bagi menenangkan fikiran, mendamaikan jiwa, merehatkan
rohani, dan sekaligus memberikan kesihatan kepada jasmani.
Persoalannya,
bagaimanakah gaya berhibur dan berekreasi yang selari dengan syariat
Islam? Adakah hiburan dan rekreasi yang dilakukan, benar-benar dapat
memberikan kesan positif kepada manusia?
Ataupun mendatangkan kemudaratan yang disulami dengan unsur maksiat?
Fiqh Hiburan dan Rekreasi adalah
satu lagi buku siri pemikiran karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Buku ini
membincangkan dengan lebih terperinci perkara berkaitan hiburan dan
rekreasi seperti:
- Batasan syarak berkenaan ketawa dan jenaka
- Hukum berhibur dengan tarian dan tepukan
- Hukum berhibur dengan drama dan filem
- Jenis sukan yang dilarang dalam Islam
- Pendirian Islam berkenaan aktiviti bersukan
- Hukum senaman yoga
- Hukum sukan berisiko tinggi seperti mendaki gunung, perlumbaan kereta, pertunjukan sarkas, gusti, dan tinju.
- Hukum permainan minda seperti daun terup
- Hukum pertandingan melalui telefon, kupon, dan tiket peraduan
Pengenalan
Nota Hujung
Pendahuluan
Ada Ketikanya
Rasul juga Seorang Insan
Hati juga Bosan
Nota Hujung
Bab 1
Antara Agama, Ketawa, dan Bersuka Ria
Manusia adalah Haiwan yang Ketawa atau Bercakap
Keperluan Manusia kepada Hiburan
Rasulullah s.a.w. adalah Ikutan
Sahabat Mengikut Jejak Langkah Rasulullah s.a.w.
Sahabat-Sahabat yang Berjenaka
Penafsiran Nas-Nas yang Menyanggahi Prinsip Kita
Kesedihan Menurut Sebahagian Jemaah Sufi
Sanggahan Ibnu Qayyim terhadap Pendekatan Ini
Batasan Syarak Berkaitan Ketawa dan Lawak Jenaka
Lawak Jenaka dan Keseronokan dalam Realiti Umat Islam
Seni Jenaka
Nota Hujung
Bab 2
Pendahuluan kepada Keperluan Bersukan
Pelbagai Jenis Sukan dalam Kalangan Bangsa
Pendirian Islam Berkenaan Aktiviti Sukan
Loteri adalah Sejenis Perjudian
Sukan Berkuda dan yang Berkaitan dengannya
Nota Hujung
Bab 3
Objektif Pendidikan Jasmani
Permainan dan Sukan Masa Kini
Panduan-Panduan Syarak bagi Sukan-Sukan Ini
Syarat-Syarat dan panduan Bermain Bola Sepak
Sukan Sebagai Kerjaya
Sukan Berasaskan Kekuatan
Sukan-Sukan yang Berisiko Tinggi
Panduan Bermain Permainan yang Berbahaya
Nota Hujung
Bab 4
Permainan Minda
Hukum Bermain Nard (Dadu)
Permainan Catur
Kemunculan Permainan Catur dalam Sejarah Islam
Nilai Hadith yang Menyebutkan Permainan Catur
Sebab Berlaku Perselisihan Tentang Hukum Catur
Pandangan Mazhab Hanafi Tentang Permainan Catur
Pandangan Mazhab Maliki Tentang Permainan Catur
Pendapat Mazhab Syafi’e Tentang Permainan Catur
Mazhab Hanbali
Perbincangan Dalil-Dalil yang Digunakan untuk Mengharamkan Permainan Catur
Perbincangan Dalil-Dalil Pendapat yang
Mengharamkan Catur
Mengharamkan Catur
Kesimpulannya: Harus Bersyarat
Daun Terup
Permainan Domino
Permainan Kartun
Panduan dan Syarat Bermain Permainan Kartun
Permainan Komputer
Bahaya Permainan Komputer
Syarat-Syarat yang Perlu Dipatuhi Ketika Bermain
Permainan Komputer
Permainan Komputer
Nota Hujung
Bab 5
Tarian
Tarian yang Harus
Tarian yang Dilarang
Tepukan
Tujuan Bertepuk Tangan
Hukum Tepuk Tangan
Tepukan Nifaq
Tarian dan Tepukan Golongan Sufi
Nota Hujung
Bab 6
Hukum Berkaitan Pemburu
Hukum Berkaitan Binatang Buruan
Hukum Berkaitan Alat Buruan
Syarat Memburu dengan Senjata yang Mencederakan
Berburu dengan Anjing dan Sebagainya
Hikmah Perintah Menyebut Nama Allah s.w.t.
Nota Hujung
Bab 7
Menonton Wayang
Menonton Pementasan
Kartun Pokemon
Faktor Pengharaman
Pendeklamisian Sajak Patriotik (Mengenang Jasa Pahlawan)
Nota Hujung
Bab 8
Lumba Kuda
Syarat-Syarat Perlumbaan Kuda
Perlumbaan Unta
Pertandingan yang Diadakan Melalui Panggilan Telefon
Kupon dan Tiket Peraduan
Perbincangan dan Pilihan Hukum
Pandangan Berkaitan Hadith “Tiada Perlumbaan Bagi Mendapatkan Hadiah Kecuali Kepada Kuda dan Unta.”
Antara Jihad Perjuangan dan Kesenangan
Nota Hujung
************************************************************************
Review
Hiburan
dan sukan merupakan fitrah kejadian manusia. Hiburan adalah penenang
jiwa dan meringankan bebanan fikiran. Hiburan ibarat “ubat bius” setiap
insan selepas penat bekerja seharian.
Di Malaysia, bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan, terlalu banyak
rancangan realiti televisyen yang membangkitkan keseronokan manusia.
Antaranya, rancangan Maharaja Lawak yang mengutip berjuta-juta ringgit
setiap kali siarannya, rancangan Fear Factor, Akademi Fantasia dan
sebagainya. Setiap stesen televisyen berlumba-lumba untuk mereka
rancangan realiti sendiri dan ada yang mereplikakan rancangan realiti
televisyen di Barat dan mengimplementasikannya di Malaysia.
Hiburan
dibenarkan dalam Islam andai masih menjaga syarat-syarat dalam
berhibur. Rasulullah S.A.W. tidak menghalang isteri-isteri Baginda untuk
berhibur. Namun, akhir zaman ini, terlalu banyak hiburan dan ada yang
telah menyimpang dari syariat Islam. Melihat keadaan ini, Dr. Yusuf
al-Qaradhawi berijtihad dan mengeluarkan fatwa hukum bagi hiburan dan
aktiviti sukan, seperti yang dijelaskan dalam kitab “Fiqh Hiburan dan
Rekreasi.”
Kitab
ini dikayakan dengan perbahasan tentang hiburan, terutamanya semasa
zaman Rasulullah S.A.W dan dikukuhkan lagi dengan dalil dari nas
al-Quran. Ia juga menjawab persoalan masa kini mengenai hiburan
kontemporari seperti permainan domino, pertandingan secara khidmat
pesanan ringkas (SMS), sukan renang, yoga dan sebagainya. Ijtihad yang
dilakukan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melihat kepada realiti kehidupan
masa kini dan dihuraikan terperinci berdasarkan pengukuhan ilmu,
pengalaman dan pengamatan beliau terhadap umat Islam masa kini.
Mudah-mudahan,
Allah mengurniakan kefahaman yang mendalam tentang hiburan dan sukan
kepada kita menerusi tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Andai menepati
kehendak syarak, berhibur dan bersukan mampu dijadikan medium berdakwah
untuk menarik ramai umat manusia memilih Islam sebagai agama fitrah.
“Permudahkan mereka dan jangan dipersulitkan, serta gembirakan mereka dan jangan membuat mereka menjauhi kamu.”
- Direkodkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Al-Ilmu dan Imam Muslim dalam kitab Al-Jihad Wa As-Sair.
Berminat? Dapatkan di Planet Buku
Online price : RM20.00
Planet Buku price: RM18.00
You saved : RM 2.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751
Online price : RM20.00
Planet Buku price: RM18.00
You saved : RM 2.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751
No comments:
Post a Comment