WALI Allah merupakan insan-insan yang mulia, yang beriman, bertakwa lagi soleh yang berjuang bermati-matian menegakkan agama Allah SWT, dan menjauhi maksiat serta berserah kepada-Nya di mana jua mereka berada. Mereka pula tidak pernah mendabik dada kononnya mereka adalah wali Allah dan orang-orang lain mesti mengiktiraf mereka sebagai wali Allah SWT, dan mengikut segala jejak langkah mereka. Firman Allah SWT, yang bermaksud: " Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
Namun ada segelintir masyarakat yang menunjukkan sikap taksub terhadap wali Allah dengan cara bertawassul dengan doa mereka yang telah meninggal dunia, memohon pertolongan, menyembelih binatang dan meyakini mereka berkemampuan untuk menguruskan alam maya adalah termasuk ke dalam erti kata melampau dan keterlaluan dan mengangkat darjat mereka melebihi daripada yang diletakkan oleh Allah SWT, untuk mereka.
Terdapat dua golongan yang berbeza pendapat iaitu wali Allah menurut kefahaman Ahli Sunah Waljamaah dengan ahli sufi. Apa yang diketengahkan oleh beliau ini mungkin menimbulkan keraguan kepada sesetengah orang kerana ahli-ahli sufi yang muktabar adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan yang wujud dalam golongan Ahli Sunah Waljamaah, maka buku ini telah memberikan pendedahan secara terperinci dan mudah difahami berkaitan dengan isu ini. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan lebih peka dan terbuka dalam membincangkan pendapat-pendapat tentang siapa yang digelarkan wali Allah.
Berminat? Dapatkan di Planet Buku
Online price : RM16.00
Planet Buku price: RM15.00
You saved : RM 1.00
Tidak termasuk harga pos
Untuk pesanan sila PM/WHATSAPP : 013-5759751
No comments:
Post a Comment